Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LELAKI HILANG, DITEMUI LEMAS

Ahli keluarga meratapi wajah mangsa selepas berjaya ditemui dalam operasi SAR. – Gambar SNT / Ehsan Bomba

BONGAWAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Kampung Seladan Pekan sejak Selasa berjaya ditemui pagi tadi.

Namun, mangsa Mohammad Zaini Ahmad, 27, disahkan meninggal dunia sejurus ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11 Zainal Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 8.28 malam kelmarin.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis kemudiannya menggegaskan anggota ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba membuat operasi SAR dan mengambil maklumat terperinci kejadian kes tersebut.

“Mangsa tidak berjaya ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 11 malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota BBP Kimanis dan PPFA BBP Kuala Penyu menemui mangsa pada jarak 10 meter dari jeti Sungai Kampung Seladan Pekan. – Gambar SNT / Ehsan Bomba

Zainal berkata, operasi SAR diteruskan pada jam 8 pagi tadi dengan bantuan seramai tujuh orang anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPFA) BBP Kuala Penyu yang diketuai PBK 11 Ak Mohd Rafie Pg Baha.

Jelasnya, sejam kemudian, mangsa berjaya ditemui pada jarak 10 meter dari jeti sungai berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada Pasukan Polis untuk siasatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 09.30 pagi,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan