Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki hadapi 72 tuduhan tipu

72 tuduhan menipu

IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret, di sini sebentar tadi, atas 72 pertuduhan menipu beberapa mangsa dengan kononnya mampu menawarkan barangan lelongan kastam membabitkan jumlah lebih RM130,000.

Tertuduh Anuar Shaari, 60, didakwa melakukan kesalahan itu bermula pada 2007 sehingga Mac 2014‎.

Anuar dituduh di Mahkamah Majistret Dua dan Majistret Tiga, atas dakwaan meminta dan menerima sejumlah wang daripada beberapa mangsa dengan memperdaya boleh mendapatkan barangan kastam, sedangkan tertuduh tahu tidak boleh mendapatkan barangan berkenaan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapi dan meminta dibicarakan, namun memohon mahkamah membenarkannya dijamin.

Pertuduhan dikendalikan‎ tiga Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohamed Fauzi Yusof, Nurul Faridza Hamdan dan Kavitha Sitartha, dihadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab (Mahakamah Majistret 2) dan Majistret Haslinda A Raof (Mahkamah Majistret 3)

Kedua-dua Majistret kemudian menetapkan wang jaminan untuk keseluruhan 72 pertuduhan yang dihadapi sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin‎ dan 22 Ogos ini bagi sebutan semula kes serta tertuduh melantik peguam untuk membela diri.

 

Komen


Berita Berkaitan