Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki gantung diri di bilik sewa, rumah murah

11:16am 29/01/2016 Leolerry Lajius 3633 views Tempatan
77182_620

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 63 tahun ditemui  tergantung dengan  tali dileher di sebuah bilik sewa rumah murah  petang kelmarin.

Mangsa Lee Wing, dijumpai oleh jiran biliknya tergantung pada penyangkut kipas dinding dengan menggunakan tali wayar berwarna hitam ketika menghantar makanan di bilik mangsa.

Mangsa telah tinggal di bilik tersebut lebih kurang dua tahun dengan harga sewa sebanyak RM450 dan telah berhutang bayaran sewa sebanyak enam bulan serta tidak mempunyai pekerjaaan.
Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai telah menggunakan tali tersebut mengikat lehernya dan kemudian menggunakan tong sampah dan berdiri diatas tong sampah tersebut dan dipercayai mangsa telah melompat  untuk mengantungkan diri.

” Anggaran ketinggian leher mangsa tergantung pada penyankut kipas lebih kurang 3 kaki, manakala anggaran ketinggian penyangkut kipas  ke lantai 7 kaki 5inci. Semasa badan mangsa  tergantung bahagian kaki berjinjit di atas tilam,” katanya.

Tiada kesan jenayah dijumpai di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan