Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki gagal bunuh diri

lelaki gagal bunuh diri

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki cedera teruk di bahagian kepala dan luka seluruh badan kerana dilanggar keretapi selepas dia berbaring di landasan kenderaan berat itu malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.06 malam, lelaki yang disyaki penagih dadah itu menceroboh kawasan landasan keretapi antara kilometer 3.25 hingga 3.5 dekat Bandar Dato Onn di sini, dan berbaring di landasan berkenaan sebelum dilanggar keretapi yang dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pemandu keretapi terbabit memberhentikan keretapi selepas tersedar melanggar sesuatu dan apabila diperiksa mendapati lelaki berkenaan masih bernyawa tetapi cedera teruk di kepala.

“Pemandu terus meminta bantuan Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai cubaan melakuan kesalahan membunuh diri dan siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Komen


Berita Berkaitan