Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Filipina gagal seludup barang kawalan

11:44am 15/03/2017 Pak Roshan 700 views Jenayah,Mutakhir

ANGGOTA PPM Semporna menunjukkan antara barang kawalan yang dirampas di perairan Singamata, Semporna. – Foto ihsan PPM Semporna

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan menyeludup keluar 204 kilogram minyak masak paket RM1 dan 72 paket tepung gandum melalui perairan Singamata di sini, semalam.

Aktiviti penyeludupan itu didalangi seorang lelaki warga Filipina yang ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota PPM yang menjalankan rondaan menerusi Ops Tugas Khas, kira-kira jam 5.10 petang.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPM) Wilayah Empat Semporna, Asisten Superintendan Safardi Abd Samad, berkata pemeriksaan lanjut mendapati perahu itu sarat dengan muatan minyak masak dan tepung gandum yang dipercayai cuba diseludup ke selatan Filipina.

“Suspek berumur 25 tahun itu juga didapati tidak mempunyai permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membawa barangan kawalan terbabit.

“Semua barang rampasan termasuk perahu dan enjin sangkut yang bernilai RM16,289.60 dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana kesalahan membawa barang kawalan tanpa permit,” katanya di sini, sebentar tadi.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan