Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki emas mati dipukul

8:44am 17/07/2016 Pak Roshan 5297 views Global
PHUJE bersama baju emasnya.

PHUJE bersama baju emasnya.

New Delhi: Seorang lelaki, pemilik baju emas yang dibeli dengan harga RM75,000 hingga menyebabkan dia digelar ‘lelaki emas,’ dilapor mati selepas dipukul sekumpulan lelaki.

Peminjam wang, Datta Phuje, 48, yang berasal dari Pune, barat India, dilapor diserang kelmarin oleh 12 orang yang bersenjatakan sabit dan batu.

Anak Phuje yang berusia 22 tahun menyaksikan serangan itu. Dia bagaimana tidak diapa-apakan.

Polis berkata, mereka menahan empat lelaki berkait dengan serangan itu.

Kumpulan lelaki berkenaan dilapor mempelawa Phuje dan anaknya ke satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran di daerah Dighi. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan