Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki dituduh rogol anak kawan minta dibicara

kes rogol

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang bekerja sendiri pada Jumaat menuntut perbicaraan terhadap dakwaan merogol anak kawannya berumur Sembilan tahun.

Jumdin Zulkarnain, 45, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ishak Bakri.

Pada pertuduhan pertama, Jumdin dituduh merogol murid itu pada Feburaru tahun ini pada jam 5.50petang di sebuah rumah di Putatan.

Pada pertuduhan kedua, dia dituduh mengulangi jenayah itu terhadap kanak-kanak tersebut pada jam 5.40petang 10 Julai di tempat yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara di antara lima tahun dan 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Ishak menetapkan 28 Ogos untuk pengurusan kes dan memerintahkan Jumdin direman lanjut selepas pendajwaan membantah ikat jamin kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya Chan Qin Yee tampil bagi pihak pendakwaan.

Komen


Berita Berkaitan