Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Dituduh Di Mahkamah : Kesi Viral Selesai

10:40pm 27/09/2016 Pak Roshan 1422 views Jenayah,Mutakhir

viral

Tawau : Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun bakal berdepan hukuman penjara jika disabitkan bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Dia yang melakukan kesalahan memperdaya seorang juruwang dengan mengambil sejumlah wang telah dituduh di mahkamah pada hari ini.

Siasatan pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Tawau (BSJKD) dimulakan sejurus laporan dibuat oleh juruwang berkenaan.

Hasil intipan dan risikan BSJKD, lelaki tersebut akhirnya ditahan dan siasatan lanjut diteruskan yang membawa kepada pertuduhan di mahkamah.

Dengan tertangkapnya lelaki tersebut, BSJKD telah berjaya menyelesaikan kes berkenaan yang menjadi bualan hangat netizen. Kes tersebut juga mendapat kongsian lebih kurang 900 pengguna laman sosial “Facebook”.

Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika melakukan sebarang transaksi melibatkan duit dengan mana-mana pihak. Pihak polis juga mengharapkan kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan