Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki ditinggalkan isteri akibat penyakit misteri

10:14am 06/02/2016 Pak Roshan 683 views Global
URIP

URIP

Jakarta: Seorang lelaki diserang penyakit misteri yang menyebabkan benjolan tumbuh di seluruh badan kini hidup sebatang kara akibat tinggalkan isteri dan dipulaukan keluarganya.

Lelaki yang dikenali sebagai Urip, 50, berkata, benjolan itu mula tumbuh ketika dia berusia 18 tahun dan kini ia merebak keseluruhan tubuh.

Kata Urip yang tinggal di Pasir Jaya, Tangerang, sejak itu kehidupannya terus berubah.

“Saya berusaha merawat penyakit ini dengan berjumpa ramai doktor dan bomoh, tetapi benjolan ini masih tidak hilang.

“Selama beberapa tahun benjolan ini tumbuh semakin banyak sehingga penuh di seluruh badan saya,” katanya.

Menurutnya, dia pernah berkahwin dengan gadis di kampungnya, tetapi isterinya meminta cerai beberapa tahun selepas itu.

“Adik dan kakak saya juga sudah lama tidak bertanya khabar dan melawat saya,” jelasnya.

Menurutnya, dia menyara kehidupan dengan menyewa bilik di rumahnya dan menjaga lalu lintas di satu persimpangan di kampungnya.

“Saya sudah biasa hidup bersendirian. Namun, saya bernasib baik kerana jiran saya banyak membantu ketika susah,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan