Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki ditemui mati tertiarap

mati

KENINGAU – Seorang lelaki Cina ditemui mati tertiarap di tepi tilam di sebuah bilik kongsi kilang papan di Jalan Patikang Ulu, dekat sini kira-kira pukul 9.15 pagi, semalam.

Ketua Polis Dearah Keningau Deputi Superitendan, Douglas Taong yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki berkenan dikenali Tian Wei Loong, 49, ditemui dibilik kongsi berkenaan dalam keadaan yang sudah berbau busuk.

Katanya, berdasarkan laporan yang dibuat oleh seorang rakan mangsa iaitu Tan Chong Ching, dia tidak dapat menghubungi Wei Loong menerusi telefon bimbintnya mahupun bertemunya sejak beberapa hari lalu.

“Rakan mangsa kemudian meminta bantuan polis untuk mengesan rakannya itu dan apabila tiba di bilik kongsi tersebut, polis menemui mangsa sudah tidak bernyawa dan tertiarap di tepi tilam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini hari ini.

Douglas berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan usus dalaman mangsa pecah akibat gastrik serta dijangkiti kuman (Peritonitis secondary to perforeded gastric ulser).

Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur-unsur jenayah berlaku. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan