Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki ditemui mati tergantung

4:19pm 06/11/2015 Leolerry Lajius 461 views Jenayah,Tempatan
Polis mengangkat mayat mangsa

Polis mengangkat mayat mangsa

LUYANG: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang mengalami gangguan mental, ditemui  mati tergantung di sebuah rumah yang terletak di Taman Land Breeze, Luyang.

Mangsa Thien Ah Fatt, seorang bujang dan tinggal bersama keluarga abangnya ditemui oleh abang mangsa  tergantung pada kabel elektrik yang diikat pada kipas syiling lalu  menghubungi pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang mengakibatkan kematian mangsa.

“Tiada senjata dijumpai ditempat kejadian dan pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan selongkar atau geledah di rumah tersebut,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat. -Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan