Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki ditemui mati lemas di Sg Sisipon, Kota Belud

20121202_120504KOTA BELUD: Seorang lelaki berumur 32 tahun, ditemui mati lemas kira-kira 12 jam selepas dilaporkan hilang semalam di Sungai Sisipon Kg Terintidon di sini.

Mayat mangsa yang dikenalpasti sebagai Edward bin Sungkin dan beralamat Sarang Villa Green, Timbang Menggaris di sini ditemui oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kira-kira jam 12.20 tengahari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Mohd Affendy K.Ramin berkata, JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.10 tengahari Rabu.

“Seramai tujuh anggota JBPM bergegas ke lokasi kejadian termasuk anggota pasukan penyelam diketuai Penguatkuasa Kanan Bomba II, Thomas Bolu,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan sedang mandi di sungai berkenaan sebelum dia hilang dipercayai akibat arus deras.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Sementara itu di Lahad Datu, kegembiraan sebuah keluarga menghabiskan cuti tahun baru dengan berkelah di pantai bertukar menjadi cemas apabila seorang kanak-kanak berumur 5 tahun didapati hilang.

Kehilangan kanak-kanak lelaki itu disedari keluarga tersebut kira-kira jam 4.45 petang tadi semasa mereka berkunjung ke Sri Pantai Makuau, Lahad Datu.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya ditemui dengan selamat kira-kira sejam kemudian hasil operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh anggota JBPM serta dibantu agensi penguatkuasa lain. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan