Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki ditemui mati dalam tandas

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra

KOTA KINABALU – Seorang pekerja lelaki ditemui mati di dalam sebuah tandas di aras 1 Wisma Intiutama, di sini, pada jam 8.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, penemuan itu hasil laporan yang diterima daripada seorang pekerja wanita yang memaklumkan mengenai rakan sekerjanya pengsan di dalam sebuah tandas di bangunan tersebut.

“Bertindak atas laporan itu, anggota polis kemudian pergi ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan sebelum menemui seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas di Wisma terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Janik bin Haris, 59, dari Kampung Likas itu juga didapati mengalami pendarahan di bahagian kepala, dipercayai akibat terjatuh.

Katanya, Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Queen Elizabeth yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan bahawa mangsa telahpun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu dan kes diklafikasi sebagai kematian mengejut.

“Anak mangsa ketika ditemubual polis memaklumkan bahawa ayahnya menghidap sakit gastrik yang kronik serta penyakit Tibi,” katanya lagi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan