Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki ditemui mati di tepi jalan raya di Lahad Datu

LAHAD DATU, 25 Sept (Bernama) — Seorang lelaki ditemui mati di tepi jalan raya di hadapan sebuah premis perniagaan di pusat bandar dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat yang hanya berseluar jeans tanpa baju itu.

Polis dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut oleh orang ramai dan kes sedang disiasat, katanya ketika dihubungi di sini.

Pada masa sama beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar tampil menyalurkan maklumat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan