Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman

8:47pm 07/01/2016 Ann Vivien 62 views Jenayah,Tempatan

POLIS

TAWAU: Mayat seorang lelaki dengan satu kesan tikaman di dada kiri, dipercayai menggunakan pisau Bugis ditemui di kawasan setinggan Kampung Sri Menanti berhampiran Airport Lama di sini sekitar jam 9 malam pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada keterangan diri ditemui pada mayat mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30an.

Menurutnya, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang menyatakan terdapat seorang lelaki ditikam di kawasan penempatan tersebut.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, polis menemui beberapa kesan darah di dinding rumah, namun kesan darah di tanah tidak kelihatan memandangkan tanah becak dan berlumpur. Tidak ada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian,” katanya sambil menambah motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Fadil berkata, suspek kes bunuh itu dianggarkan berusia 30an, tinggi sekitar 5’ 2, berkulit sawo matang dan memiliki tatu di kedua-dua belah tangan, betis (corak kepala manusia) dan paha kanan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan