Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki ditemui mati dalam bilik hotel

10:58am 12/02/2016 Ann Vivien 8904 views Jenayah,Tempatan
Douglas Nyeging Taong

Douglas Nyeging Taong

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan berumur 61 tahun ditemui mati dalam bilik di salah sebuah hotel di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu lebih kurang jam 8.40 malam, mengatakan bahawa ada seorang lelaki yang menginap di bilik No. 204 hotel berkenaan terbaring diatas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia.

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan, sepasukan polis telah bergegas di tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan.

“Polis telah merakam gambar di tempat kejadian kemudian mayat mangsa telah di bawa ke hospital Keningau untuk tujuan bedah siasat” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Jelasnya, pada Khamis,  jam 11.30 pagi bertempat di kamar mayat Hospital Keningau bedah siasat telah dibuat oleh Doktor Mark Tay Wen Kuang dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Jenazah mangsa telah dituntut oleh keluarga mangsa untuk pengurusan pengkebumian. Siasatan awal mendapati  tiada unsur-unsur jenayah di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan