Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki ditahan terbabit kes ragut

12:35pm 30/06/2016 Leolerry Lajius 62 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana terbabit dengan kes ragut yang berlaku dalam sebuah bas melibatkan sebuah telefon bimbit jenis I Phone 6S bernilai RM3600.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, suspek ditahan pihak polis selepas meragut telefon milik seorang perempuan yang menaiki bas sama dengan suspek.

“Siasatan polis mendapati ketika kejadian mangsa berada di dalam bas sambil menggunakan telepon bimbitnya sebelum secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali (suspek) yang juga merupakan penumpang di dalam bas tersebut telah bertindak merampas dan melarikan telefon bimbit mangsa kemudian melarikan diri menuju ke Kampung Rempayan,”katanya.

Hasil siasatan lanjut mendapati pada masa kejadian mangsa telah menaiki bas pada jam 12.18 petang untuk ke tempat kerja di Suria Sabah kemudian suspek juga menyusul menaiki bas yang sama dan dalam jam lebih kurang 12.30 petang suspek tersebut telah turun berdekatan lampu isyarat Kampung Rempayan.

Sebelum itu suspek telah ke bahagian hadapan iaitu tempat pemandu dan penumpang hadapan untuk membayar tambang dan secara kebetulan pada masa itu mangsa duduk bersebelahan dengan pemandu.
Suspek telah membayar melalui tempat duduk mangsa dan setelah membayar tambang suspek dengan serta merta telah merampas telefon milik mangsa dan terus melarikan diri.

Susulan kejadian tersebut salah seorang penumpang dalam bas telah mengejar suspek, secara kebetulan pada masa yang sama terdapat 2 anggota polis tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Menurut Chandra lagi , ketika suspek melarikan diri ke arah bukit di Kampung Rempayan, seramai empat orang anggota polis dari Balai Alam Mesra telah sampai di tempat kejadian dan berjaya mengesan dan menangkap suspek bersama barang kes.

“Suspek seorang lelaki berumur 20 tahun, tidak mempunyai pekerjaan serta kudung pergelangan tangan kanan ditahan untuk siasatan lanjut,”katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan suspek boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan