Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki ditahan selepas ragut telefon bimbit

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut telefon bimbit seorang wanita di Kompleks Segama, di sini, ditahan selepas dikejar orang ramai yang menyedari kejadian itu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek yang berumur 33 tahun mengekori mangsa yang baru keluar dari tempat kerja di KK Plaza, di sini, sebelum merampas telefon bimbitnya ketika sampai di Kompleks Segama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra, berkata suspek cuba merampas telefon bimbit mangsa dari arah belakang sebelum berlaku pergelutan hampir tiga minit sehingga mangsa terjatuh.

“Suspek melarikan diri selepas merampas telefon bimbit mangsa. Mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan orang ramai yang menyedari kejadian itu segera mengejar suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

“Orang ramai kemudian menghubungi polis dan menyerahkan mangsa bersama telefon bimbit mangsa,” katanya, di sini, hari ini.

Chandra berkata, mangsa berusia 30-an itu tidak cedera manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati suspek tiada dokumen pengenalan diri dan hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun tanpa senjata api. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan