Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki ditahan memiliki syabu

Kerja-Kosong-Polis-DiRaja-Malaysia-PDRM-SUKSIS-600x324

KENINGAU: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki  5.03 gram dadah disyaki jenis syabu bernilai RM700 dan tiub straw warna merah berisi dadah dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Pampang Keningau kemarin.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Nyeging Taong berkata, ketika membuat serbuan polis mendapati pintu rumah suspek tidak berkunci dan mendapati suspek berada di ruang tamu rumah tersebut.

“Polis menemui dompet suspek yang disimpan di dalam poket seluarnya dan apabila diperiksa, di dalamnya mengandungi satu peket plastik lut sinar dan 19 tiub straw berwarna merah berisi dadah,” katanya.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali dan Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM5000.

“Suspek telah direman bagi menjalankan siasatan untuk mengetahui sumber bekalan dadah,” katanya sambil menambah pihak polis akan sentiasa berusaha bagi membanteras kegiatan penyaluran dadah di daerah ini.- Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan