Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki disembelih

disembelih

NIBONG TEBAL: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan disembelih di leher dan tikaman bertubi-tubi di dada serta perut di ladang sawit di Tasik Valdor, Simpang Ampat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi, mayat mangsa ditemui orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hasan Wan Ahmad berkata, lelaki berusia 30-an itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampakkan di situ.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada kesan pergelutan atau pergaduhan antara mangsa dengan suspek, selain itu kami tidak menjumpai senjata dan tiada kesan tompokan darah di kawasan mayat mangsa ditemui.

“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain dalam tempoh 24 jam lalu sebelum mayatnya dicampak di kawasan ladang kelapa sawit,” katanya.

Wan Hassan berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran.

Komen


Berita Berkaitan