Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki diperintah hadir wajib tiga bulan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan diarahkan oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini untuk mengikuti program Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama tiga bulan.

Mahkamah mengenakan hukuman itu setelah Noraziz Ganning, 32, mengaku salah atas kesalahan memasukkan dadah kedalam tubuh badannya sendiri.

Atas kesalahan tersebut, Noraziz dihukum dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara selama tempoh sehingga dua tahun, atau kedua- duanya sekali.

Dalam mitigasi, tertuduh yang merupakan ayah kepada lima orang anak memohon agar hukuman ringan dikenakan keatasnya.

Selain itu, tertuduh turut berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu di masa hadapan.

Berdasarkan perintah tersebut, tertuduh dikehendaki melakukan kerja amal selama empat jam sehari dalam tempoh tiga bulan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat. Elezebeth Esther/SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan