Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki diperintah bela diri

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan diarahkan untuk menbela diri di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan memeras ugut dengan menggunakan sebilah parang.
Hakim Indra Hj Ayub membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir pendakwaan, hari ini.
Tertuduh, Mohd Khairul Fadzly Mohd Zain, 28 bersama seorang lelaki masih bebas telah memeras ugut wang berjumlah RM1,000 daripada seorang lelaki  di Kedai runcit Man Trading, Kg Pogunan, Penampang pada jam lebih kurang 5 petang pada 25 September 2014.
Khairul didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.
Terdahulu, pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima orang saksi.
Disamping itu, Khairul apabila ditanya memilih memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan