Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki dipercayai dibaham buaya

10:47am 30/09/2016 Pak Roshan 1474 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

Kinabatangan

KINABATANGAN: Seorang lelaki hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai dan dibaham buaya di Ladang Genting Bahagia, Jalan Jeroco dekat sini, petang semalam.

Lelaki berusia 28 tahun yang juga pekerja ladang itu, dipercayai pergi memukat sebelum terjatuh ke sungai kira-kira jam 5.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata pasukan mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada polis bantuan pada jam 5.55 petang.

“Operasi diteruskan pagi ini dan setakat ini, mangsa belum ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Ia adalah kejadian kedua dibaham buaya dalam tempoh seminggu dengan kes pertama membabitkan seorang wanita ketika mengutip biji sawit di Ladang Genting Mewah, Sabtu lalu. – BH Online

Gambar Fail Orang ramai berkumpul di tepi anak sungai semalam, ketika gerakan mencari wanita yang hilang dipercayai ditarik buaya pada 25 September lalu. - Foto Ihsan Bomba

Gambar Fail Orang ramai berkumpul di tepi anak sungai semalam, ketika gerakan mencari wanita yang hilang dipercayai ditarik buaya pada 25 September lalu. – Foto Ihsan Bomba

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan