Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki dipenjara lima tahun kerana memiliki sebilah pisau

6:46pm 05/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 56 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Majistret, disini atas kesalahan memiliki sebilah pisau yang telah diubah suai.

Mohd Faizal Fitri Selamat, 22 yang dibawa ke hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie telah melakukan kesalahan tersebut di Sinsuran, pada jam 2 pagi pada 2 Januari, tahun ini.

Faizal telah dihukum dibawah Seksyen 6 (1) (a) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Menurut fakta kes, faizal bersama seorang lagi rakannya telah ditangkap kerana berada dalam keadaan yang mencurigakan oleh pegawai polis yang sedang membuat rondaan pada hari berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebilah pisau yang diubah suai dalam milikan tertuduh.

Dalam mitigasi, tertuduh meminta agar hukuman yang minima dikenakan keatasnya.

Selain itu, di mahkamah yang sama, seorang peniaga makanan mengaku tidak bersalah memiliki sebilah pisau jenis kerambit dan mengambil dadah

Mohammad Adzren Amarun, 23 didakwa telah memiliki sebilah pisau jenis kerambit pada 2 Januari, tahun ini, jam 2 pagi di Sinsuran.

Bagi kesalahan yang kedua, tertuduh didakwa telah memasukkan dadah ke dalam tubuhnya.

Untuk kesalahan tersebut, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3,000 berserta dua orang penjamin tempatan dan kes tersebut akan disebut semula pada 16 Febuari, tahun ini. Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 1,500 beserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan