Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki dipenjara kerana pecahkan cermin tingkap Pondok Polis Fajar

7:58pm 16/11/2015 Ann Vivien 564 views Jenayah,Tempatan

jail

 TAWAU: Gara-gara memecahkan cermin tingkap Pondok Polis yang mengakibatkan kerugian RM2, 000, seorang lelaki dihukum penjara tujuh hari bermula dari tarikh sabitan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

 Normansyah Amat, 30, mengaku salah di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan terhadap perbuatan khianat yang dilakukannya pada jam 10 pagi di Pondok Polis Fajar pada 7 September 2015.

 Menurut fakta kes, tertuduh dilihat memukul cermin tingkap Pondok Polis tersebut dengan menggunakan kayu oleh seorang pengadu yang kebetulan mahu mengambil teksi di hadapan Milimewa Fajar.

 Pengadu bertindak menghubungi polis yang tidak lama kemudiannya sampai lalu menangkap tertuduh dan dibawa ke Balai Polis. Pengadu pula datang ke Balai Polis untuk membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

 Normansyah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  Inspektor Rozelinna Baharuddin tampil sebagai pegawai pendakwa kes.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan