Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki dipenjara dan disebat salahguna kad kredit orang lain untuk kegunaan sendiri

2:54pm 15/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 206 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki dihukum penjara selama 48 bulan oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas tiga pertuduhan menyalahgunakan kad kredit milik orang lain untuk kegunaan sendiri.
Majistret Stephanie Sherron Abbie turut mengarahkan agar tertuduh disebat sebanyak enam kali secara berasingan.
Pertuduhan pertama, Md Zul Azhrin Yusof, 24 mengaku mengunakan kad kredit Maybank Islamic milik seorang wanita dengan membuat pembayaran berjumlah atas barang yang dibeli berjumlah RM 3,176 di City Parade, Centre Point, disini, pada jam 1.30 pm, 13 Januari lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh menggunakan kad kredit Maybank Islamic milik mangsa yang sama dengan membuat pembayaran ke atas barang yang dibeli berjumlah RM1,069 di Leslie Mobile, City Parade, Centre Point, pada jam 3.08 pm, 15 Januari lalu.
Manakala, pertuduhan ketiga, tertuduh menggunakan kad kredit Maybank Islamic tersebut untuk membuat pembayaran sejumlah RM 862 di Leslie Mobile, City Parade, Centre Point, pada jam 11.10 pagi, 17 Januari lalu.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Berdasarkan fakta kes, pada 18 Januari lalu, pengadu membuat pemeriksaan melalui perbankan internet dan mendapati terdapat beberapa transaksi kredit yang dilakukan.
Pengadu berasa hairan kerana beliau tidak pernah mengguna kad tersebut. Pengadu lalu menhubungi Hotline Maybank untuk menghentikan transaksi tersebut.
Pihak Maybank memberitahu pengadu bahawa transaksi terakhir kad kredit tersebut digunakan di restoran KFC, lalu pengadu dan suaminya bergegas ke tempat tersebut tetapi gagal untuk menjejaki tertuduh.
Setelah itu, pengadu dan suaminya pergi ke Leslie Mobile, Centre Point dan berjaya mendapatkan identiti pengguna kad kredit tersebut. Pengadu mendapati bahawa pengguna kad kredit tersebut merupakan suami kepada salah seorang pesakitnya.
Dalam mitigasi, tertuduh memohon agar hukuman ringan dikenakan keatasnya. Apabila ditanya, tertuduh mengaku bahawa kad kredit tersebut diambil dari dompet pengadu.
Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan