Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki dipenjara 24 bulan kerana miliki dadah

tangan-digari-600x330

SANDAKAN: Seorang lelaki berbangsa Timor dijatuhi hukuman penjara 24 bulan kerana memiliki dadah oleh Mahkamah Majistret di sini, pada kelmarin.

Majistret Faelly Jeffery Lanjungan menjatuhkan hukuman itu kepada Samsul Bin Abdullah, 41 tahun setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di kawasan Kampung Gum-Gum, Batu 16 Sandakan pada 27 Julai 2016.

Menurut fakta kes, Samsul ditangkap dalam satu risikan dadah dan cegah jenayah oleh sepasukan anggota Narkotik IPD Sandakan.

Beliau yang ditahan di tepi jalan raya di kawasan berkenaan dan ketika diperiksa telah ditemui bekas simpanan rokok di dalam poket seluar tertuduh yang berisi sembilan paket plastik jernih berisi ketulan hablur yang disyaki dadah jenis syabu bersama satu lipatan kertas timah.

Hasil analisis Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan ketulan hablur itu dadah jenis syabu seberat 0.82 gram. Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, ASP Tan Hiap Wah. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan