Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki dilahir kudung dapat tangan orang mati

PRIOTR menunjukkan tangan barunya ketika ditemui di hospital. - Agensi
PRIOTR menunjukkan tangan barunya ketika ditemui di hospital. – Agensi

Warsaw: Pakar bedah di sini berkata, mereka berjaya menyambung tangan seorang penderma yang sudah mati pada lelaki yang dilahirkan tanpa anggota itu, dalam kes yang mereka dakwa yang pertama di dunia.

Ketua pasukan pakar bedah Hospital Universiti Perubatan Wroclaw, Adam Domanasiewicz berkata, lelaki terbabit yang dikenali dengan nama pertamanya, Piotr, menjalani pembedahan itu selama 13 jam, membabitkan penyambungan pada pergelangan tangannya, 15 Disember lalu.

“Dia terlalu gembira dengan kejayaan itu dan bercakap mengenai masa depannya,” kata Domanasiewicz.

Sementara itu, ketika diwawancara stesen televisyen TVN24, Piotr berkata: “Saya sudah boleh memeluk keluarganya dengan kedua-dua belah tangan. Selama ini saya menggunakan tangan palsu.”

Sehingga semalam, dia sudah mampu menggerakan jarinya. Doktor yakin keupayaan menggerakan tangannya akan meningkat dalam masa beberapa hari.

Kejayaan itu akan membuka peluang kepada ratusan ribu orang di seluruh dunia yang dilahirkan kudung. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan