Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki dijumpai mati dengan kesan tembakan

7:58pm 10/02/2016 Ann Vivien 5322 views Jenayah,Tempatan
Douglas memerhati bakakuk yang dijumpai di tepi mayat mangsa.

Douglas memerhati bakakuk yang dijumpai di tepi mayat mangsa.

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan dijumpai mati dalam hutan dengan kesan tembakan di bahagian kanan badan.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa Lido Bin Bayangad 37, berasal dari Kampung Penagatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan yang banyak

Bertindak atas maklumat katanya,  sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau yang diketuai oleh Inspektor Roning Mulut bergegas ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kawasan tempat kejadian merupakan kawasan hutan yang terletak di bahagian bawah kebun pengadu. Pemeriksaan di tempat kejadian telah mejumpai mangsa dalam keadaan terbaring dan mempunyai kesan darah” katanya.

Berhampiran mayat mangsa katanya, turut dijumpai satu helai jaket berwarna hijau, satu beg galas, sebilah parang dan selaras senapang patah buatan sendiri dipercayai jenis bakakuk dan pemeriksaan pada senjata yang dijumpai mendapati satu kelongsong peluru senapang patah berwarna putih didalamnya yang telan meletup (digunakan). Mangsa kemudian telah dibawa ke hospital Keningau untuk tindakan lanjut.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan