Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki didenda RM 3,000, halang tugas penjawat awam

1:52pm 07/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 428 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki didenda RM 3,000 oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Majistret Stephanie Sherron Abbie turut memerintahkan Jeoberry Julian menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Jeoberry didakwa menghalang tugas penjawat awam ketika tertuduh ditahan oleh Koperal Masrin Sundang di Jalan Kibabaig, Penampang, pada jam 9.15 pagi, 1 jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM 10,000 atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, polis sedang membuat rondaan dan telah menahan sebuah motor serta membuat pemeriksaan ke atas tertuduh. Semasa polis tersebut ingin membawa tertuduh ke balai polis untuk membuat pemeriksaan air kencing, tertuduh telah mengeluarkan kata- kata “saya boleh ikut pergi balai polis, tetapi kamu kena minum air kencing saya.” kepada polis yang bertugas.

Tertuduh juga telah menyuruh Koperal Masrin membuka baju uniform dan mengajaknya untuk bertumbuk.

Dalam mitigasi, tertuduh memohon agar hukuman dikurangkan kerana ini merupakan kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan