Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki didenda mengambil pekerja asing tanpa pas

4:05pm 30/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 127 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Mahkamah Sesyen, hari ini telah mengenakan denda sejumlah RM 44,000 kepada seorang lelaki tempatan setelah didapati bersalah mengambil pekerja asing yang tidak mempunyai pas kerja yang sah.

Alen Seah Thieng mengaku telah megambil empat orang pekerja wanita warga Filipina dalam lingkungan umur 22 hingga 30 tahun yang tidak mempunyai pas lawatan kerja yang sah pada 17 November, tahun lalu, jam lebih kurang 9 malam di sebuah pusat hiburan, Jalan Ujong pasir, Wilayah Persekutuan Labuan.

Alen telah dihukum dibawah Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen dan Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM 10,000 tetapi tidak lebih daripada RM 30,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad telah mengenakan denda sebanyak RM 11,000 atau enam bulan penjara bagi setiap imigran yang dijumpai dalam premis tersebut.

Dalam mitigasi, tertuduh yang diwakili oleh peguambela J. Martin Madegran, telah memohon agar denda yang minimum dikenakan keatas tertuduh. Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan meminta agar hukuman setimpal diberikan keatas tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan