Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki didenda guna kenderaan sendiri sebagai pengangkutan awam

8:16pm 17/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 49 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki didenda RM 1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai pengangkutan awam.

Kamarudin Mohd Sapi, 53 melakukan kesalahan tersebut di Jalan Sulaman, Sepanggar pada jam 1 petang pada 18 Oktober 2015.

Kamarudin dihukum dibawah Seksyen 33 Akta Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Dalam mitigasi, tertuduh memohon agar denda minimum dikenakan keatasnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwaan Trafik, Inspektor Hanif Mamyudi. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan