Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki didenda beli nombor ekor haram

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan didenda RM1,200 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana membeli nombor ekor haram.
Aaron K.I Liew, 35 hadir di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus mengaku telah melakukan kesalahan tersebut di sebuah pangsapuri di Taman Putra Perdana, Telipok, jam 4.15 pm pada 2 April, tahun lalu.
Mengikut kesalahan itu, Aaron dihukum dibawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah ditangkap pada jam lebih kurang 5.10 pm pada hari yang sama. Hasil daripada tangkapan tersebut, sejumlah RM 630 dan beberapa keping kertas 4D telah dirampas oleh pihak polis.
Dalam mitigasi, Aaron meminta denda minimum dikenakan atas sebab tertuduh perlu menjaga adik perempuannya kerana kedua-dua ibubapa tertuduh telah meninggal.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan