Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki didakwa miliki syabu

KOTA KINABALU- Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan memiliki 31.0 gram syabu.

Henry John Lajanga, 37, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah bernombor di Taman Putatan Baru, pada jam 11 pagi, 10 Mei lalu.

Dengan itu, Henry didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau tempoh tidak kurang dari lima tahun atau sebatan tidak kurang dari 10 kali, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh 27 Jun depan sementara menunggu laporan kimia.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh untuk ditahan dibawah Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes selesai.-Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan