Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki didakwa menceroboh rumah

KOTA KINABALU- Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan menceroboh masuk di sebuah rumah, baru- baru ini.

Zangir Mohd Afzul, 32 didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di kawasan Lorong Bukit Sepanggar, pada jam 10.50 pagi, 1 Mac lalu.

Jika disabitkan kesalahan, Zangir bakal dihukum di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua- duanya sekali.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 15 April depan untuk pengurusan kes, manakala, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 4,500 beserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan