Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Didakwa Edar Dadah, Berhadapan Hukuman Mati

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret telah mengarahkan pemindahan kes seorang lelaki yang didakwa atas kesalahan mengedar dadah seberat 74.11 gram ke Mahkamah Tinggi.

Malin Asdali yang telah dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun tealh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Sepanggar, pada 1 Oktober, tahun ini, jam 2 petang.

Malin didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Ata Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ketiadaan keputusan laporan kimia.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan