Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki didakwa atas tiga pertuduhan menipu wang

KOTA KINABALU- Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas tiga pertuduhan menipu wang sejumlah RM 16,780.

Ferdaus Midin, 25 mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun kepada ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Ferdaus didakwa memperdaya seorang wanita dengan menyatakan bahawa tertuduh ialah seorang wakil ejen dari Syarikat Pemasaran ATM Bakti dengan mengatakan bahawa tertuduh boleh mengurus urusan jual beli rumah di Country Height.

Ini menyebabkan wanita tersebut menyerahkan wang itu kepada tertuduh di Wisma Muis pada 2, 10 dan 19 Februari, baru-baru ini.

Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidang kurang dari satu tahun, tidak melebihi sepuluh tahun dan sebatan, serta boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan tarikh 25 Mac bagi pengurusan kes dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 1,800 beserta dua orang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oelh Inspektor Azaman Hamat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan