Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam OP Samseng dan OP Mabuk

9:43am 20/09/2016 Pak Roshan 176 views Jenayah,Mutakhir
SITA ... Pegawai dan anggota trafik sedang memeriksa nombor plat motorsikal yang di sita. - Foto NewSabahTimes

SITA … Pegawai dan anggota trafik sedang memeriksa nombor plat motorsikal yang di sita.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45 A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan melebihi had yang ditetapkan di Jalan Kepayan dekat sini, dalam OP Samseng dan OP Mabuk, awal pagi kelmarin.

Suspek boleh dihukum denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebihRM6,000 serta boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan jika sabit kesalahan.

Operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Siasatan Penguatkuasaaan Trafik Daerah yang bermula pada jam 12 tengah malam Ahad, turut menyita 35 motorsikal dan sebuah motokar di bawah Seksyen 60 akta yang sama. Di bawah Seksyen 53 APJ pula, lima penunggang motosikal yang dikesan mempunyai waran tangkap dan dibawa balik ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, semua tangkapan telah dibebaskan dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Kota Kinabalu.

Sementara itu, sebanyak 61 keping saman dikeluarkan merangkumi kesalahan tiada lesen (19 keping), tiada cukai jalan (lima keping), tiada cermin sisi (enam keping), ekzos paip yang diubah suai (14 keping), nombor pendaftaran yang tidak mengikut speksifikasi (enam keping), tayar botak (satu keping) dan halangan dengan 10 keping saman.

Ketua Polis Daerah, ACP M. Chandra dalam satu kenyataan berkata operasi tersebut dijayakan oleh seorang pegawai dan 11 anggota trafik dan telah memeriksa 47 buah kenderaan dan motorsikal pelbagai jenis secara teliti menggunakan ‘Mobile Computer Online Payment Sistem’ (MCOPS) sepenuhnya.

Katanya, usaha penguatkuasaan itu dijalankan secara berterusan bagi mendidik pengguna-pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal dan memberikan kesedaran kepada orang ramai. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan