Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki dengan pedang samurai dicekup polis

9:30pm 08/01/2016 Ann Vivien 58 views Jenayah,Tempatan
Douglas menunjukkan samurai yang digunakan oleh suspek dalam kejadian di Kg. Mottou Keningau.

Douglas menunjukkan samurai yang digunakan oleh suspek dalam kejadian di Kg. Mottou Keningau.

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan berumur berumur 38 tahun tahun dicekup polis apabila melakukan ugutan dengan menggunakan samurai memecahkan cermin kereta di Kampung Mottou dekat sini kira-kira jam 10.30 pagi pada 31 Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, bertindak atas maklumat  anggota kereta peronda dengan bantuan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah berjaya menangkap seorang lelaki yang dalam keadaan agresif.

Katanya, semasa tangkapan dibuat polis telah merampas sebilah samurai berukuran 32 inci dan seterusnya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Kejadian berlaku semasa mangsa Nellson F E Sikal 38, di rumah kakak iparnya di Kg. Mottou. Kejadian berpunca daripada tidak puas hati kerana mangsa hendak membawa kakak iparnya ke Kinabatangan untuk menamani mertuanya” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada Jumaat.

Berikutan ketidakpuasan hati itu katanya, suspek telah memecahkan cermin kereta mangsa dibahagian belakang dan sisi dengan menggunakan samurai. Suspek telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan