Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki dari Sabah maut, dua cedera diserang di Miri

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

MIRI: Seorang lelaki maut dibunuh dalam satu pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah kedai snooker di Kampung Kayu Kapur, Bekenu malam Sabtu.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Yusuf Sidani, 45, berasal dari Sabah serta bekerja sebagai pembantu pengurus projek, mati di tempat kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan ditikam di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Khoo berkata dua lagi mangsa yang dipercayai warganegara Indonesia turut cedera semasa kejadian dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Miri.

Suspek yang melakukan serangan dipercayai seorang lelaki warganegara Indonesia dan motif serangan masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. -Bernama

Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan