Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki cuba serang polis mati ditembak

mati ditembak

KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang cuba diberkas kerana bertindak agresif dan mengancam bunuh penduduk kampung ditembak mati dalam kejadian di sebuah pondok di Kampung Bambangan Ulu, dekat sini, 6 petang semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 30-an mati ditempat kejadian selepas mengalami parah di dada, bahu dan perut akibat ditembak.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, dalam kejadian itu juga seorang lelaki yang cuba membantu menangkap suspek cedera akibat terkena tembakan namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Pihak polis yang menerima maklumat kemudian bergegas ke lokasi kejadian mendapati seorang lelaki kurang siuman memegang sebilah parang dan polis cuba memujuk suspek supaya melepaskan parang dan menyerah diri.

“Namun suspek bertindak memotong lengannya sendiri dan mengejar seorang daripada anggota polis menggunakan parang menyebabkan anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, suspek terkena tembakan di bahagian dada, bahu, perut dan suspek dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian itu juga, polis merampas sebilah parah dan selaras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk dan sebutir peluru hidup,” katanya.

-SUMBER GAMBAR- MyMetro

Komen


Berita Berkaitan