Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki cuba sembunyi pisau ditahan

Douglas menunjukkan pisau yang dirampas. - foto Kalawon Sawing
Douglas (tengah) menunjukkan pisau yang dirampas. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU  – Polis menahan dua lelaki tempatan masing-masing berumur 28 dan 35 tahun dari Sipitang dan Tenom dalam satu operasi pusat hiburan di sekitar pekan ini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan, Douglas Taong berkata, semasa pemeriksaan dijalankan di sebuah pusat hiburan itu, seorang anggotanya ternampak lelaki berumur 28 tahun cuba menyembunyikan sebilah pisau berhulu berukuran kira-kira 10 inci.

“Kemudian, anggota polis kita memaklumkan perkara itu kepada salah seorang pegawainya untuk memeriksa dan hasil pemeriksaan terdapat sebilah pisau berhulu telah disembunyikan di tingkap tandas di pusat hiburan itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau, di sini hari ini.

Katanya, pisau berkenaan dirampas dan dibawa ke balai polis daerah dan hasil ujian air kencing terhadap lelaki itu dipercayai positif dadah jenis metahamphetamine dan amphetamine.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-ahan Kikisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1982  dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak melebihi dua tahun dan disebat.

Manakala dalam operasi sama dipusat hiburan itu, seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun turut ditahan itu kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan mengasari salah seorang anggota polis yang cuba memeriksanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dengan penjara selama dua tahun atau penjara dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah    

Komen


Berita Berkaitan