Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki cuba membunuh diri diselamatkan

4:59pm 05/11/2015 Ann Vivien 173 views Jenayah,Tempatan
Lelaki yang cuba membunuh diri

Lelaki yang cuba membunuh diri

KOTA KINABALU: Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki  yang cuba membunuh diri dari tingkat lima SKY Hotel Karamunsing, Kota Kinabalu pagi tadi.

Pihak Polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7.36 pagi dan bertindak atas maklumat, pihak Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Ambulans telah ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi pihak bomba terus  memulakan operasi menyelamat lelaki yang duduk  di tingkat empat  tempat meletak kenderaan  hotel tersebut namun tidak berhasil. Pihak bomba akhirnya terpaksa menggunakan kaedah menyelamat di mana tali keselamatan digunakan bagi membantu pihak bomba untuk  menyelamatkan saspek yang sedang cuba untuk terjun dari bangunan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra, suspek yang berusia 43 tahun dan berasal dari Filipina itu  dikatakan mengalami masalah keluarga dan tekanan hidup.

“Saspek telah  keluar dari rumahnya di Jalan Sepanggar dan berjalan seorang diri seterusnya  naik ke tingkat empat Hotel SKY sebelum bertindak untuk cuba bunuh diri dengan terjun dari bangunan terbabit,” katanya.

Saspek akhirnya berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dalam keadaan selamat dan  diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan