Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki cuba larikan diri diberkas miliki dadah

Douglas (tengah) memegang dua paket plastik syabu yang berjaya dirampas dari suspek. - foto Kalawon Sawing
Douglas (tengah) memegang dua paket plastik syabu yang berjaya
dirampas dari suspek. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Seorang lelaki tempatan yang memiliki dadah jenis syabu seberat 100.60 gram diberkas selepas cuba melarikan diri apabila ditahan polis untuk tujuan pemeriksaan berhampiran sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan, Douglas Nyeging Taong berkata, suspek yang menggunakan kenderaan jenis Produa Alza berwarna putih pada kejadian itu turut ditemani seorang wanita berumur 21 dan seorang lagi kanak-kanak yang berusia 10 tahun.

Dalam kejadian pada 29 Januari lalu, kira-kira pukul 11.10 malam, seorang pegawai bersama anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau telah menahan sebuah kenderaan, kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila kenderaan itu ditahan, pemandu (suspek) cuba melarikan diri lalu membuang satu bungkusan berwarna hitam ke jalan raya, namun pihak polis berjaya menangkap pemandu tersebut dan memeriksa bungkusan yang dibuangnya,” katanya kepada pemberita di IPD Keningau di sini hari ini.

Douglas berkata, hasil pemeriksaan polis ke atas bungkusan tersebut mendapati dua paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki adalah dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 100.60 gram.

Pihak polis kemudiannya merampas bungkusan tersebut dan menangkap suspek untuk dibawa ke IPD Keningau bersama seorang wanita yang turut berada dalam kenderaan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek dan wanita tersebut, didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kesemua suspek telah direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah sek. 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan sekiranya disabitkan kesalahan pesalah boleh di penjara tidak kurang dari 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan