Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Cuba Khatan Bayi 20 Bulan Ditangkap

cuba khatan

FLORIDA – Seorang lelaki ditahan ketika cuba mengkhatankan anak saudaranya yang baru berusia 20 bulan dengan menggunakan pisau bilah.

Lelaki berkenaan, Larry Leroy Floyd, 24, sedang menjaga bayi berkenaan apabila memutuskan untuk menggunakan pisau itu lalu cuba membuang kulit yang menyeliputi alat sulit bayi berkenaan.

Perkara berkenaan kemudian disedari bapa bayi tersebut yang baru pulang ke rumah dan mendapati anaknya berlumuran darah serta menangis.

Bayi itu kini dirawat di hospital. Ketika kejadian seorang lagi bapa saudara bayi berkenaan juga berada di rumah itu namun tidak menyedari apa yang berlaku.

“Dia mendengar bunyi bayi menangis dan pada masa sama bapa budak itu balik ke rumah,’’ kata jurucakap polis.

Menurut polis, ketika pihaknya tiba di rumah bayi berkenaan, bapanya sudah membawa bayi malang itu ke hospital.

Bagi tujuan berkhatan, prosedur berkenaan akan dijalankan oleh pakar bedah dengan menggunakan bantuan ubat bius.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini mencadangkan khatan sebagai sebahagian daripada program komprehensif memerangi HIV dan membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Komen


Berita Berkaitan