Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Cuba Jual Teruna Kecewa Kerana Tak Laku

jual

ROMANIA – Tak laku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila iklan yang dibuat dalam sebuah akhbar untuk melelong terunanya tidak mendapat sambutan kaum hawa.

Mengaku dirinya bukan sekacak Brat Pitt dan bukan juga seorang yang hodoh, Seb Ciercies, 29, nyata kecewa apabila harga yang ditetapkan untuk dirinya iaitu RM3,850, tidak dibida mana-mana wanita.

“Saya tidak faham kerana saya seorang yang berwajah menarik dan menyangka akan ada yang membida lebih tinggi untuk saya.

“Saya sihat tetapi ia mengecewakan apabila ditolak oleh seluruh dunia,’’ katanya yang berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun.

Selain membayar hutang, dia juga berbuat demikian kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.

“Saya bekerja keras di ladang selama ini. Ia memerlukan tenaga yang lebih tetapi sekali gus membuatkan badan saya menarik. Saya sangkakan orang mahu mencubanya,’’ katanya.

Komen


Berita Berkaitan