Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki cipta helikopter boleh terbang selaju 200 kmj

9:37am 08/06/2016 Pak Roshan 2529 views Global

heli

Hengshui (China): Seorang lelaki di bandar ini merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya apabila berjaya menerbangkan helikopter ciptaannya sendiri.

Lebih mengagumkan lagi helikopter ciptaan Xie Baogang, 31, mampu terbang selaju 200 kilometer sejam (kmj) dan sejauh 400 kilometer.

Baogang memberitahu, sejak kecil lagi dia sudah berminat dengan dunia penerbangan dan bercita-cita menjadi juruterbang.

Apabila dewasa, Baogang membuka kedai membuat pintu dan tingkap.

Walaupun perniagaannya bertambah maju dia tidak pernah melupakan cita-citanya.

Selepas beberapa tahun, Baogang mengambil keputusan meninggalkan dunia perniagaan bagi menumpukan seluruh perhatian terhadap kajian mengenai dunia penerbangan.

Pada 2009, Baogang berjaya menyiapkan sebuah helikopter yang direka dan dibuatnya sendiri tetapi akibat kekurangan pengalaman pesawat itu gagal ujian penerbangan.

Bagaimanapun, kegagalan itu tidak pernah mematahkan semangatnya dan Baogang terus mengkaji kesilapan rekaannya.

Selepas lapan prototaip dikeluarkan, akhirnya Baogang berjaya mencipta helikopter yang boleh terbang dengan selamat.

Baogang berkata, dia sangat gembira kerana cita-citanya untuk menjadi juruterbang tercapai dan lebih manis lagi dia menerbangkan pesawat ciptaannya sendiri. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan