Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki China nafi memiliki wang palsu

3:58pm 08/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 27 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Lelaki warga China mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan memiliki wang palsu.
Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan tarikh 2 dan 3 Februari untuk perbicaraan kes.
Kwok Siu Kwan, 35 telah didakwa memiliki 40 keping not RM1,000 dan berniat menggunakan wang tersebut sebagai wang asli di pejabat serantau, Bank Negara Malaysia, di sini, pada jam 3.20 pm pada 12 November lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 489 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika disabitkan kesalahan.
Kwok diwakili oleh peguam bela, Ram Singh.
Sebelum ini, tertuduh telah dibawa ke hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie dan telah diikat jamin sebanyak RM 6,000 beserta dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng.-Oleh Elezebeth Esther/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan