Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki cedera dalam kemalangan

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

TAMBUNAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Kampung Tombotuon, di sini, petang tadi.

Mangsa Roger James cedera di bahagian bahu kerana tersepit pada kenderaan jenis Toyota Hilux selepas terbabas dengan sendiri di bahu jalan.

Pihak bomba tiba di lokasi kejadian sejauh lapan kilometer itu pada jam 2.54 petang dan seterusnya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan seramai enam orang anggota itu tamat pada jam 3.12 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada kenderaan berkenaan.
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada kenderaan berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan