Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki cabul anak saudara dipenjara dan disebat

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan didapati bersalah mencabul kehormatan anak saudaranya dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini.

Tertuduh, 52 telah melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan, Jalan Papar Lama berdekatan Zoo Lok Kawi, pada 13 Mei 2015, pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.

Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus memerintah agar hukuman tertuduh bermula dari tarikh hari ini.

Sepanjang perbicaraan yang bermula sejak pertengahan tahun, tahun lalu, pihak pendakwaan telah memanggil sebanyak empat orang saksi manakala pihak pembelaan memanggil dua orang saksi termasuklah tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan